Bahasa Rakyat
Add
Seperti orang mati; jikalau tiada orang mengangkat bilakah bergerak
Orang
yang daif
tidak berdaya
upaya
jika
ada
orang
menolong maka susahlah ia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menunggu ara tidak bergetah
Mengharapkan
sesuatu
yang
tidak
mungkin
dapat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mengasah parang timah
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerja baik dilekas-lekaskan jangan ditimpa kerja buruk
Pekerjaan
yang
baik
hendaklah disegerakan kerana ditakuti ditimpa halangan-halangan buruk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau dipanggil dia menyahut bila dilihat dia bersua
Jawab
benar
dan tepat tentang
sesuatu
pertanyaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pandai seperti pisau raut bongkok orang dilepaskan bongkok diri sendiri ditinggalkan kekal
Orang
yang pandai
membetulkan
kesalahan
orang
lain
tetapi kesalahnnya sendiri
tidak
dapat dibetulkan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belayar dengan nahkoda berkalan dengan yang tahu berkata dengan yang pandai
Kerja yang
besar
hendaklah dilakukan dengan
orang
lebih tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau langit hendak menimpa bumi bolehkah ditahankan dengan telunjuk?
Tiada dapat kita
berlepas
daripada
kehendak
atau
hukuman
raja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harap hendak melonjak kopiah pesuk
Kerana
hendak
hidup
dengan
kemewahan
terjual
atau
tergadai
harta benda.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan diajar itik berenang
Sia-sia mengajar
orang
yang telah tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
8
9
10
11
12
[13]
14
15
16
17
[c] 2021 Petak Ajaib PLT