Bahasa Rakyat
Add
Pantang mati sebelum ajal
Tuhan menentukan
ajal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sakit perut baru tahu di liang lantai
Sudah
mendapat
celaka
baru ingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti anjing lapar mendapat tulang daging segumpal dan sekeping apam
Orang
yang melakukan kebajikan
hanya
kerana mengharapkan keuntungan
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lebih baik kalah di tengah gelanggang daripada menang di bawah pokok pisang
Lebih
baik
kalah di
hadapan
majlis yang berupacara dan
bertertib
daripada
menang
tempat
tidak
berperaturan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana batang manau seribu kali empat haram tak putus
Sangat kuat dan teguh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Libang libu
Tidak
tentu
arah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tandang ke surau
Berkunjung dan
bermalam
semalam
dua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang semenda tempat semenda jika cerdik teman berunding jika bodoh disuruh arah tinggi banir tempat berlindung rimbun daun tempat berteduh
Perbilangan
ini menerangkan tentang tiap-tiap lelaki yang berkahwin akan
terikat
tali persaudaraanya dengan keluarga isterinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siang berpanas malam berembun; Malam berselimut embun siang bertudung awan
Teringat-ingat
pada
orang
itu
sepanjang masa; Sangat
merindui;
Orang
yang
melarat
dan
miskin
tidak
mempunyai rumahtangga di mana malam situlah tidur
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kawan seiring jalan (senasib)
Sahabat
seperjuangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
8
9
10
11
12
[13]
14
15
16
17
[c] 2021 Petak Ajaib PLT