Bahasa Rakyat
Add
Seperti gula dalam mulut
Pekerjaan
yang mudah dilakukan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hidup berkerelaan mati bertongkat budi
Semasa
penghulu masih
hidup
dia
boleh
memilih penggantinya tetapi
selepas
mati
pengganti
mestilah dipilih mengikut adat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kail panjang empat ditarik ke atas ke bawah tak sampai
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu hinggap ke batang batangnya mati hinggap ke ranting rantingnya patah
Orang
jahat
ke
mana pergi akan
menyusahkan
orang
baik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa berketak (berkotek) itu (siapa) bertelur
Siapa yang bersalah dialah
menanggung
sakit dan
susah
kerana kesalahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tertungkup sama termakan tanah terletang sama terminum embun
Senang sama senang
susah
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Alur bertempuh jalan berturut
Membuat
kerja mengikut
cara
yang
betul.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada angin bertiup masakan daun kayu bergerak?
1. Setiap
kejadian
ada
puncanya. 2. Jika
tidak
benar
berlakunya
sesuatu
orang
lain
akan memperkatakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak terbawa sekam segantang
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seberat-berat beban di atas kepala jua
Sebagaimana
beratnya tanggungan
seseorang
memberi
nafkah
keluarganya dia sendiri
juga
yang memikulnya
orang
lain
sekadar
membantu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
8
9
10
11
12
[13]
14
15
16
17
[c] 2021 Petak Ajaib PLT