Bahasa Rakyat
Add
Tak serik luka dimakan tajak esok lusa ke bendang juga
Sesuatu
kesukaran
itu
tidak
pernah menghalangi
seseorang
untuk terus
berusaha
mencari
nafkah
hidupnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ekor anjing; beberapa pun diurut akan dia; tidak juga betul
Terlalu
susah
hendak
mengubah
tabiat
seseorang;
Orang
yang
memang
jahat;
jika seberapa pun diajar
baik;
tetap
jahat
juga
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau dicampak bunga tak akan dibalas dengan tahi
Budi yang
baik
tak kan dibalas
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Batu yang selalu bergolek itu todak akan dilekati lumut
1.
Orang
yang
tidak
tetap pekerjaannya akan
kaya.
2. Tabiat suka
bertukar-tukar
kerja merugikan
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lah karam maka bertimba
Sudah
mendapat
celaka
baru ingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Otak telur bukan otak minyak
Orang
yang sangat
bodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Habis air setelaga arang dibasuh tak putih
Perangai yang
jahat
itu
biasanya
tidak
dapat diubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau pandai mencincang akar mati lalu ke pucuknya
Kalau
pandai dengan
satu
tindakan
sahaja
boleh
mengalahkan
orang;
Kerja yang
efektif.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makan nasi sejuk
Dilayan dengan buruk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ayam dimakan tugau
Orang
yang kurus dan pucat kerana sakit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
8
9
10
11
12
[13]
14
15
16
17
[c] 2021 Petak Ajaib PLT