Bahasa Rakyat
Add
Niat di hati nak peluk gunung sudak terpeluk biawak sial
Lain
yang dihajat
lain
dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pala-pala aku nak mati biarlah mati berkapan cindai
meninggal
dunia
dalam
keadaan
baik;
mati
meninggalkan nama
yang
baik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan dibawa rasmi jagung semakin berisi semakin tegak
Semakin
kaya
atau
semakin
berilmu
sombong.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Geruh luka ajal mati
Kalau
nasib baik
Cuma
luka;
kalau
tidak
mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Habis geli oleh geletek habis rasa (bisa) oleh biasa
Orang
yang biasa
kena
marah
tidak
akan
berkecil hati
lagi;
susah
merasa
apa-apa
lagi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Asah otak
Tuntut
ilmu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Payah-payah dilamun ombak tercapai juga tanah tepi
Setelah
berapa
lama
menanggung
susah
dalam
sesuatu
pekerjaan
atau
kehidupan
akhirnya terlepas
juga
dari
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika tidak kena membangkitkan badak berendam di lumpur makin lama malah makin terbenam
Kalau
tidak
tahu
bekerja
makin
di
buat
binasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lazatlah rasa air yang payau itu bila diminum masa dahaga
Dalam
keadaan
susah
nikmat
kecil
terasa
besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mati-mati berdakwat biar hitam (berlicin)
Tiap-tiap
pekerjaan
janganlah kepalang
jangan
diusahakan
separuh jalan
biarlah sampai pada
akhir
kesudahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
7
8
9
10
11
[12]
13
14
15
16
[c] 2021 Petak Ajaib PLT