Bahasa Rakyat
Add
Galas habis senggulang tandas lamun dihitung rugi jua
Kemalangan
dalam
perdagangan;
Walaupun
sehabis
usaha
tetapi tetap rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lalang yang ditanam takkan padi yang tumbuh
Jika
membuat
kerja yang sia-sia
itu
tentulah
tidak
mendatangkan
faedah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dulukan yang dulu makan garam
Utamakan
orang tua
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kaki sudah terlangkah tangan sudah terjembakan
Sudah terlanjur melakukan kesalahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ditanam tebu di telinga berkembangan bunga raya di muka
Seorang
yang
naik marah
berseri mukanya
atau
gembira
kerana mendengar
orang
memuji kepadanya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam menetaskan telur itik ke air juga ditujuinya
Perangai
atau
sifat
susah
diubah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau pandai makan pandai simpan
Pandai menyimpan rahsia sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepandai-pandai membungkus yang busuk berbau juga
Kejahatan
atau
kesalahan akhirnya akan diketahui
orang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau pandai mencincang akar mati lalu ke pucuknya
Kalau
pandai dengan
satu
tindakan
sahaja
boleh
mengalahkan
orang;
Kerja yang
efektif.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak meluruskan ekor anjing
Terlalu
susah
hendak
mengubah
tabiat
orang. ;
Orang
yang
jahat
itu
walau
bagaimana
pun diajar
berbuat baik
dia
tidak
akan
menjadi
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
7
8
9
10
11
[12]
13
14
15
16
[c] 2021 Petak Ajaib PLT