Bahasa Rakyat

perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Tidak dinafikan suplemen ini mempunyai keberkesanan kepada sistem imun tetapi ia tidak berkaitan dengan Covid-19. [www.freemalaysiatoday.com]
Presiden Indonesia, Joko Widodo juga pernah menyatakan bahawa kunci keberhasilan pengendalian penyebaran COVID-19 adalah disiplin diri. [www.astroawani.com]
bahan ketawa: kelakuannya yg kebudak-budakan itu menjadi ~ orang. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
1. pemerintahan oleh diktator: ini mengambil rupa bentuk kerajaan satu parti atau ~ tentera; 2. kuasa mutlak tertinggi. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Dia hidup dilimpahi kasih sayang isteri, anak, cucu dan cicit sudah merasai perang dunia, kediktatoran ketenteraan Romania [www.hmetro.com.my]
1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dsb sesuatu yg dihajati atau dicita-citakan), kekecewaan: kebanyakan para orientalis menyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Walaupun terpaksa pulang dengan penuh kehampaan , mereka reda disebabkan kesilapan sendiri datang lewat untuk menunaikan solat Junaat. [www.hmetro.com.my]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT