Bahasa Rakyat
Add
Ulat dalam batu pun (boleh) hidup juga
Dimana-mana pun kita tinggal tentu
ada
rezekinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah dikata biarlah dikota
Sudah
berjanji
biarlah dilaksanakan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada hujan ada panas ada hari boleh balas
Setiap
perbuatan
akan
mendapat
balasan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Itu pun nak kira
Tidak
perlu
ambil tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari
Kerana
satu
kesilapan
semua
kebaikan
dilupakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Semahal-mahal gading jika patah tiada berharga
Biarpun
tinggi
kemuliaan
seseorang
jika dia
membuat
jahat
tidak
ada
orang
yang akan memuliakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pucuk tiada boleh lebih tinggi dari pelepah
Dua
perkara
yang sama tetapi diperbodohkan
oleh
satu
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai haruan dalam tuar
Seseorang
yang
tidak
tetap halnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebesar-besar gajah di rimba dapat juga ke tangan manusia
Orang
yang kuat
sekalipun
masih
boleh
dikalahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tepung(nya) pun mahu kuihnya pun dia mahu
Orang
yang tamak diberi sedikit
kalau
boleh
hendak
lagi. ;
telah diturut
orang
kehendaknya dengan senang ia
berkehendakkan
lebih
[
Malay Civilization
]
peribahasa
6
7
8
9
10
[11]
12
13
14
15
[c] 2021 Petak Ajaib PLT