Bahasa Rakyat
Add
Manusia itu menjadi seteru akan barang yang jahil mereka itu
Orang
bodoh
akan menyalahkan
perkara
yang
tidak
diketahuinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebab mutiara sebiji lautan yang dalam diselam orang
Orang
yang mulia
itu
barang
di mana pun ia
duduk
dia masih
berguna.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harapkan anak buat mata sebelah harapkan teman buta kedua-duanya
Setiap
pekerjaan
harus
dikerjakan
atau
diawasi tanpa mengharapkan
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Selama hujan akan panas jua
Selepas
susah
akhirnya senang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sayang di anak dilecuni (dilecuti) sayang di negeri ditinggalkan
Jika
sayangkan
anak
isteri hendaklah berpada-pada supaya
tidak
mendatangkan
masalah di
hari kemudian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebesar-besar gajah di rimba dapat juga ke tangan manusia
Orang
yang kuat
sekalipun
masih
boleh
dikalahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ilmu dan akal dihalai-balai; itulah tanda orang yang lalai
Manusia mestilah
menggunakan
masa yang
ada
dengan melakukan
sesuatu
berfaedah
seperti
menambah
ilmu
pengetahuan untuk
mendapat
kelebihan di
dunia
dan
akhirat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Habis penabur palembang tak alah
Usaha
yang
tidak
memberi
hasil
melainkan
mendatangkan
rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilanglah kepala kura-kura ditelan oleh dadanya
Walaupun
hina
keturunan
seseorang
itu
jika
berilmu
dan
bijaksana
dia akan dihormati
orang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau sesangkar sekali pun yang bayan itu bayan juga serindit serindit juga
Tidak
serupa walau
satu
keturunan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
[2]
3
4
5
6
[c] 2021 Petak Ajaib PLT