Bahasa Rakyat
Add
Bagai cendawan disesah
Rupa
orang
yang lemah dan pucat kerana sakit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana buah masak belum dihenggut perdu luruh sendiri
Tiap-tiap
barang
yang telah tua dengan sedikit
berkuat
rosaklah ia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai melompati pagar tiga hasta akan dilompati rendah akan dilangkahi tinggi
Menyatakan
sesuatu
yang
serba kurang
dan
tidak
mencukupi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pekung di dada
Keaiban
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gedang gerundang di kubangan gedang ikan raja di lautan
Tiap-tiap
orang
akan
mendapat
penghormatan
mengikut kawasan yang didudukinya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Raja yang tiada adil itu seumpama awan yang tiada mengandungi hujan
Raja yang
zalim
jangan
diharap belas kasihannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti pencalang tersarat tak ke timur tak ke barat
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kejap bagai pelita akan padam
Pujian
kepada perempuan yang manis pandangannya dan
kejap
matanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Perut besar entah anak entah tahi
Tidak
diketahui
isi perut
yang
besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hancur badan di kandung tanah budi baik dikenang juga
Budi
bahasa
yang
baik
sentiasa
dikenang
orang
walaupun sudah meninggal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
[2]
3
4
5
6
[c] 2021 Petak Ajaib PLT