Bahasa Rakyat
Add
Kera menegurkan tahinya
Orang
yang pertama sekali
itulah
pertama
sekali
memperkatakannya; Siapa bersalah dialah
menanggung
sakit dan
susah
kerana kesalahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terperlus makan hendak menutup lubang
Sudah
terkena
baru
hendak
beringat-ingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kera mendapat bunga
Orang
yang
tidak
tahu menilai
atau
menggunakan
barang
berharga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mendapat pisang terkubak (terkopak) (terbuka)
Mendapat
keuntungan dengan
tidak
bersusah
payah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum diasapi kemenyan
Belum
kahwin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nyiur mumbang dibuat pincok menghilangkan kelatnya
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tangan penat memerah pasu mendapat santannya
Kita berpenat
atau
berugi-rugi
orang
merasa
nikmat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menjauhkan api kemarahan itu terlebih mudah daripada memadamkannya
Hindari
punca
kemarahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai cembul mendapat penutupnya
Sesuai
sekali
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kera mendapat canggung
orang
yang
mendapat
sesuatu
barang
tetapi
tidak
tahu
bagaimana
menggunakan
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
[2]
3
4
5
6
[c] 2021 Petak Ajaib PLT