Bahasa Rakyat
Add
Beri betis hendakkan peha
Orang
yang tamak diberi sedikit
hendak
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mara jangan dipukat rezeki jangan ditolak
Bahaya
jangan
dicari tiap-tiap
rezeki
sekalipun
sedikit haruslah diterima dengan syukur.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak mengaruk tiada berkuku
Tidak
mempunyai
alat
atau
kuasa untuk melakukan
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan bagai orang berjudi senang alah hendak membela
Perbuatan
negatif
tentu merugikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hati yang ringan meringankan beban yang berat
Pekerjaan
yang
berat
itu
dirasa ringan jika dibuat dengan suka
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Akan mengaji surat hilang; akan bertanya guru mati
Serba salah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa payahnya menggoyangkan lidah sahaja
Mudah
menyatakan
sukar
menjalankan;
berjanji
tetapi
tidak
ditepati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berhambakan tangan bersaksikan mata berhakimkan hati
Fikir
dengan teliti
sebelum
membuat
keputusan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan disangkakan ikan lais (lais-lais) tidak menyengat
Jangan
kita sangkakan
orang
lemah
tidak
ada
kelebihannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kayu dikatakan batu dan (langit hendak dicapai dengan tangan)
Orang
yang
kurang
siuman..
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
[2]
3
4
5
6
[c] 2021 Petak Ajaib PLT