Bahasa Rakyat
Add
Pada tatkala rebung tiada dipatah maka ketika sudah jadi aur apakah gunanya
Tabiat manusia
itu
hendaklah dilatih selagi dia
kecil
apabila
ia telah
besar
keraslah hatinya
tidak
dapat diajar lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dian sebatang dinyalakan hujung pangkalnya teraba-raba sudahnya
Orang
yang
boros
dan membazir
itu
segera
akan
menjadi
papa
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Matahari manakan boleh ditutup dengan nyiru
Kebenaran
yang
tidak
dapat disembunyikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilanglah kepala kura-kura ditelan oleh dadanya
Walaupun
hina
keturunan
seseorang
itu
jika
berilmu
dan
bijaksana
dia akan dihormati
orang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dihujankan kering dijemur basah
Seseorang
yang
berkehendakkan
sesuatu
benda
bila
diberi ia
mengatakan
tidak
hendak
sebab
malu
atau
kerana
menipu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seharum-harum tulang dibuang sahaja
Walaupun
baik
orang
lain
sama dengan keluarga sendiri tetapi
kejahatan
tidak
kebaikan
saudara
kita sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau kerbau dipegang talinya manusia dipegang janjinya
Orang
yang
menepati
janji
sentiasa
dihormati
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sekali dipatuk ular tali pun ditakutinya juga
Orang
yang telah
terkena
kesusahan
akan
menjauhkan diri
daripada
perkara
menyerupai
sebab
kejadian
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ditaruh di celah gigi pun tidak cukup
Sangat sedikit
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedang rebung lagi baik dipatah
Orang
yang
jahat
tidak
boleh
dipercayai. ;
Kejahatan
sedikit segeralah diperbaiki
sebelum
melarat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
[2]
3
4
5
6
[c] 2021 Petak Ajaib PLT