Bahasa Rakyat

merungut mengenai, bersungut sebab: suaminya ~ bahawa gadis-gadis sekarang terlalu pandai berjinak-jinak dgn lelaki; Salmiah merungut-rungutkan keburukan rumah yg disewa; apa hendak dirungutkan, bukan jodoh engkau; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
memasukkan sesuatu ke dlm air sehingga tenggelam, merendam: ambil sebarang bekas kosong dan rejamkan air. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
menitikkan (air mata): ia ~ air matanya kerana terlalu gembira;rabas. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
menyebabkan ralit, mengasyikkan, melekakan: warna merah, kuning, biru, jingga serta liuk lentok rumput-rampai yg menyelit di celah-celahnya sungguh ~ mata memandangnya. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
menyebabkan berasa bingit: deruman jentera di kilang itu ~ telinga; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
menganggap remeh (tidak penting, kecil, dll), mengabaikan, menghinakan: kita tidak mengatakan bahawa harus ~ kekuatan musuh; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Pemimpin PH sendiri meremehkan amaran banyak pihak ketika berkuasa, tiba-tiba kini Kit Siang masih berterusan mahu menuding jari. [harakahdaily.net]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT