Bahasa Rakyat

perihal setia, keteguhan hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), ketaatan: Pahang yg dahulunya menjadi sebahagian drpd kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kpd Sultan Johor; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Sebagaimana dijelaskan pada siri lepas, wala' membawa maksud kesetiaan . [harakahdaily.net]
kecekapan, kepandaian: ~ Fernando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Mohd Shahrom berkata, usahanya melanjutkan pengajian di universiti berkenaan sebagai langkah meningkatkan lagi ilmu dan kemahiran serta menambah pengetahuan untuk masa depan. [www.bharian.com.my]
perihal selesa, keadaan (rasa dsb) selesa; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Untuk menyeimbangi keselesaan , ia dipadankan dengan rim aloi 18 inci perak bersaiz 235/60 untuk kelancaran dan cengkaman lebih baik pada permukaan jalan raya. [www.hmetro.com.my]
pejabat tempat duta dan pegawai-pegawai diplomatiknya bertugas: di Bangkok, Amerika Syarikat mempunyai ~ yg terbesar sekali; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Katanya, bagi PATI yang berada di depoh tahanan dan negatif pula, kerajaan akan mengaturkan penghantaran pulang dengan kerjasama kedutaan negara masing-masing. [www.hmetro.com.my]
perihal (keadaan) gelita: ~ akal;gelap. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT