Bahasa Rakyat

perihal (perbuatan, usaha dsb) menganjurkan: kita perlu sedar akan matlamat ~ sukan rakyat itu utk generasi muda sekarang ini; ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat mengetengahkan pelbagai kebudayaan tradisi penduduk negeri Perak; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Minggu lalu, kerajaan Austria membenarkan penganjuran dua perlumbaan di litar Spielberg. [www.astroawani.com]
perihal bersanding: ~ kedua-dua pengantin itu akan dilangsungkan esok. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Majlis persandingan pasangan pengantin baharu yang sepatutnya memberi seribu satu kenangan indah kepada mempelai bertukar sebaliknya apabila ia terbongkar sebagai ‘perkahwinan sejenis’. [www.astroawani.com]
1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai 3. tempat dibuang, diasingkan, (tempat) pembuangan: dr ~ itu ia lari ke daerah musuh. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Dua lagi identiti yang disahkan positif COVID-19 tidak didedahkan dan kesemua terlibat dikehendaki melalui pengasingan selama tujuh hari sebelum diuji semula. [www.astroawani.com]
perihal bertengkar: rundingan telah membawa kpd ~ dan pula perkelahian. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum muka wanita warga emas itu dihentak dengan objek tumpul. [www.hmetro.com.my]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT