Bahasa Rakyat
Add
Orang kenyang dijamu; lauk yang sedap dikatakan tawar
Berbuat baik
tidak kena
pada tempatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak tahu jahat orang tanyakan kepada seterunya nak tahu baik orang tanyakan kepada sahabatnya
Kejahatan
seseorang
dapat diketahui dari musuhnya
kebaikan
pula
daripada
sahabat
handainya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa yang makan cabai dialah yang merasa sakit
Siapa yang
salah
dialah merasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
ndak I
bp
tidak.
[
Kamus Dewan Edisi Keempat
]
kamus
Jangan diajar orang tua makan dadih
Sia-sia mengajar
orang
yang telah tahu;
Orang
lebih umur
daripada
kita
itu
tentulah terlebih
dahulu
mengetahui hal
ehwal
suatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang kenyang dengan lauk sedap dikatakan tawar
Tidak
endahkan
sesuatu
jika
tidak
diperlukan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak tahu jahat orang (teman) tanyakan seteru. Nak tahu baik orang (teman) tanyakan sahabat
Kalau
hendak
mengetahui
jahat
kelakuan
seseorang
tanyalah kepada
orang
yang membencinya dan
bertanyakan
baik
tanyakan sahabatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang sesukat tidak akan jadi segantang
Umur yang panjang
tidak
akan pendek;
untung nasib
itu
dapat diubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerana berkehendak yang putih akhirnya yang hitam pun tak dapat diharapkan
Kalau
hendakkan yang lebih
akibatnya
satu
apa
pun tak dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang disangka tidak menjadi; (yang diam boleh ke dia)
Orang
yang
bertunang
dengan
orang
lain
tetapi berkahwin
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
[1]
2
3
4
5
[c] 2021 Petak Ajaib PLT