Bahasa Rakyat
Add
Seperti kerakap (kaduk) baik junjung
Orang
yang
kurang
bangsa
telah diberikan pangkat tetapi budi bahasanya tetap rendah
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti sampah hanyut
Orang
yang
hina
dan
tidak
diperlukan
oleh
masyarakat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti pohon buluh ditiup angin
Orang
yang berperangai
lemah lembut
tetapi
keras
kemahuannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti pohon bambu ditiup angin
Lemah-lembut tetapi tetap pendiriannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti beting dipalu ombak
Hidup
yang
tidak
aman
sentiasa
disusahkan
oleh
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kambing putus tali
(pergi lari) dengan
cepat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti keling karam
Riuh rendah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti berebut(an) kelongkong kelapa
Pergaduhan
kerana merebutkan
makanan
yang sedikit
atau
pun
perkara
kecil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti di palu ombak
Hidup
terumang-ambing.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti duri dalam daging
Sesuatu
yang
menyakitkan
hati
dan selalu
teringat
maka
terasa
dalam hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
[1]
2
3
4
5
[c] 2021 Petak Ajaib PLT