Bahasa Rakyat
Add
Lidahnya tidak bertulang
Orang
yang mengeluarkan
celaan
bukan-bukan
dengan
tidak
usul periksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak pisang berjantung dua kali
Orang
tidak
akan
tertipu
dua kali dengan
cara
yang serupa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lagi berteduh lagi berkajang
Sangat teliti.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerbau tidak berkandang seladang
Tidak
dapat
bercampur
kerana
perbezaan
adat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum beranak berbesan dahulu
1.
Angan-angan. 2.
Sesuatu
pekerjaan
belum
jadi tetapi sudah ditawarkan; Sudah dikira-kira keuntungan yang tentu diperoleh
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lidah tiada bertulang
Mudah
mengatakan
tetapi sukar mengerjakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ular bercampur belut tak akan hilang bisanya
Orang
yang
jahat
itu
jika
berhimpun
dengan orang-orang
baik
tidak
akan
hilang
tabiat jahatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ular bercampur belut tak akan hilang bisanya
Orang
yang
jahat
bergaul dengan
orang
baik
tidak
akan
hilang
jahatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lagi terang lagi bersuluh
Sesuatu
perkara
yang telah terang
atau
nyata
diterangkan lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak bertaring
Tidak
ada kuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
[1]
2
3
4
5
[c] 2021 Petak Ajaib PLT