Bahasa Rakyat
Add
Jangan menghulurkan hulu keris di tangan orang
Jangan
menyerahkan kuasa kita kepada
orang
nescaya
ditaklukkannya
atau
beroleh
kebinasaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Elang terbang mengawan; agas hendak mengawan juga
Ingin
meniru
lagak
orang
kaya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak melangkah kaki pendek hendak mencapai tangan tak sampai
Orang
yang
tidak berdaya
hendak
membuat
sesuatu
perkara
diingini kerana
ada
kelengkapan
atau
belanja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Membasuh arang yang terconteng di muka
Menghilangkan
malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Helang terbang mengawan agas hendak mengawan juga
Orang
miskin
atau
lemah
hendak
mengikut
perbuatan
orang
kaya
berkuasa
nescaya
dirinya akan cedera.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Merentak (menari) di ladang orang
Tidak
mengikut
adat resam
di
negeri
yang
diduduki;
Bersuka-suka
memakan
atau
memakai
harta
orang
dengan
tidak
mengingat kerugian
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tangan yang mencincang bahu yang memikul
Siapa yang melakukan
sesuatu
terutama
perbuatan
salah
dia akan memikul
akibatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan membangunkan ular tidur
Jangan
mencari
bahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan menempuh sarang lebah
Jangan
melawan
seteru
yang ramai kerana akhirnya kita
juga
mendapat
kebinasaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jalan diasak orang lalu cupak dipepat orang menggalas
Adat istiadat
dalam
sesebuah
negeri
diubah
oleh
orang asing
yang
menempat
di situ.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
[1]
2
3
4
5
[c] 2021 Petak Ajaib PLT