Bahasa Rakyat
Add
Bagai tikus membaiki labu
Bertambah
rosak jika yang membaikinya sendiri
tidak
tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai membakar tunam basah
Susahnya mengajar
orang
bodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mendukung biawak hidup
Melakukan
sesuatu
yang
menyusahkan
diri sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai itik berebutkan tembolok
Membantah
kerana
makanan
atau
keuntungan yang sedikit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika bunga tak hendak dipersuntingkan boleh dibuat peraksi kain
Orang
perempuan yang
baik budi
pekertinya jika kita
tidak
berkenan
sebab
umurnya tua
atau
rupanya
hodoh
boleh
jua
diperisteri supaya dia
menjadi
ketua
rumah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai berebutkan tembolok
Perebutan kerana keuntungan yang sedikit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai cendawan kelmemeh
Mudah
menangis.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai api memakan kapas
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam pekong di kaki sendiri dibiarkan meroyak
Menutup
keburukan
orang
lain
mendedahkan
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Eh; bukan buruk untung; celaka ayam; padi masak makan ke hutan
Sesuatu
yang telah diusahakan diperolehi tetapi
terpaksa
ditinggalkan kerana
kemalangan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
[1]
2
3
4
5
[c] 2021 Petak Ajaib PLT