Bahasa Rakyat
Add
Sungguh bersubang tidak berdara
Cantik tapi kelakuan buruk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada berorang di air (rumah)
Perempuan yang
belum
pernah
bersuami
tetapi tiada gadis lagi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan dicatuk dengan yang tajam cincang dengan yang majal
Menasihati
seseorang
jangan
dengan
perkataan
yang
tajam
melainkan
sabar
dan berulang-ulang memakai
baik-baik
untuk
menginsafkan
dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Elok berbini orang tua; perut kenyang pengajar dapat
Kahwin
janda
banyak
untungnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak dapat diserkup dengan serkap jarang
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tegak pada yang datar (berani pada yang benar)
Berdiri pada
kebenaran
jadi tegak
pendirian
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah
Budak
yang
belum
cukup
pengetahuan sudah
hendak
bersoal jawab
dengan
orang
pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan diajar orang tua makan kerak
Sia-sia mengajar
orang
yang telah tahu;
Orang
lebih umur
daripada
kita
itu
tentulah terlebih
dahulu
mengetahui hal
ehwal
suatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang kenyang dengan lauk sedap dikatakan tawar
Tidak
endahkan
sesuatu
jika
tidak
diperlukan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada wang abang disayang tidak ada wang abang melayang.
Kasih sayang
kerana
kekayaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
5
6
7
8
9
[10]
11
12
13
14
[c] 2021 Petak Ajaib PLT