Bahasa Rakyat
Add
Apa gunanya kemenyan sebesar tungku kalau tidak di bakar
Kalau
ada
kepandaian
hendaklah diajar kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti beras kumbah dijual tak laku ditanak tak mual
Benda
yang
cacat
cela
itu
susah
hendak
digunakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Semut dipijak tak mati (antan dilanda patah tiga)
Orang
yang kelihatan
lemah lembut
setiap
gerak
geri
itu
keras
tutur katanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerbau sekawan dapat dikawali; manusia seorang tidak dapat di maklumi
Mentadbir manusia sangat
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rupa yang tidak boleh diubah tabiat dapat diubah
Terlalu
susah
hendak
mengubah
perangai yang
menjadi
tabiat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada pun buah peria itu kalau ditanam di atas batas sukar dan dibaja dengan madu lagi disiram dengan manisan serta diletakkan di atas tebu sekali pun apabila masak pahit juga
Kalau
memang
tabiat
jahat
tidak
akan
menjadi
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tangkai lembu di padang ada di ambil tidak boleh
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak seperti tembikar; pecah satu pecah semua
Sangat setia kepada kumpulan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pisau raut bongkok orang boleh dibetulkan bongkok sendiri tak boleh betul
Orang
yang
boleh
menolong
kesusahan
orang
lain
tetapi kesusahannya sendiri
berkehendakkan
pertolongan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Benih yang baik jatuh ke laut akan menjadi pulau
Orang
yang
baik
ke
mana
saja
pergi tetap
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
5
6
7
8
9
[10]
11
12
13
14
[c] 2021 Petak Ajaib PLT