Bahasa Rakyat
Add
Selera bagai taji tulang (lemah) bagai kanji
Orang
yang
bodoh
dan malas tetapi
makan
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anjing yang sudah biasa makan tahi jika tidak dimakan diciumnya juga
Kalau
sudah biasa
jahat
walau
berhenti
sekalipun
diulang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nasi lemah tak patah
Nampak
lemah tetapi
tidak
dapat dipengaruhi
atau
dipermain-mainkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kucing takut akan balur
Lelaki yang
takut
atau
malu-malu
kepada perempuan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai disalak anjing bertuah
Tidak
boleh
ditangguhkan lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau panjang beri ruas; kalau pendek beri berbuku
Tentukan aturan-aturan
sesuatu
pekerjaan
atau
rundingan supaya
jangan
kacau.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Garam dikulumnya tidak akan hancur
Pandai menyimpan rahsia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan diperlelar timba ke perigi talinya kalau tak putus genting
Jangan
dibiasakan
perbuatan
yang
jahat
kerana
akibatnya
jika
tidak
mati sakit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air dicincang tidak akan putus
1.
Hubungan
keluarga
tidak
dapat diputuskan. 2. Perselisihan
saudara
akan lama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rezeki helang (elang) tidak untuk (tak akan dapat oleh) (tak akan dapat dimakan oleh) musang (tikus atau burung pipit)
Keuntungan yang telah ditakdirkan untuk
seseorang
tidak
akan lepas kepada
orang
lain;
Rezeki
jangan
direbutkan
oleh
lain
usahalah sendiri sampai dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
4
5
6
7
8
[9]
10
11
12
13
[c] 2021 Petak Ajaib PLT