Bahasa Rakyat
Add
Tertarung kaki boleh diinai tertarung hati susah ubatnya
Hati
yang tersinggung kerana
perkataan
tajam
lama akan hilangnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mana kerbau yang bencikan kubangnya
Orang
jahat
mana boleh
tinggalkan tempatnya melakukan
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pukul anjing tidak pandang mata tuannya
Orang
yang
terdesak
hilang
takutnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti telur sesarang pecah sebiji pecah kesemuanya
Menyatakan
kerukunan. ;
Sanggup
sama-sama
menanggung
susah
senang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pilih-pilih tebu terpilih pada bukunya
Jikalau terlalu sangat memilih akhirnya
terdapat
yang
tidak
berguna.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya
Ilmu
tidak
menjadi
penghalang
kerja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke mudik tentu hulunya ke hilir tentu muaranya
Sesuatu
niat yang wujud
itu
ada
tujuannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terbit air kerana dipercik terbit minyak kerana dikempa
Mahu
melakukan
sesuatu
perkara
kerana dipaksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terbakar kampung kelihatan asap terbakar hati siapa yang tahu
Kesusahan
yang
tidak
diketahui
oleh
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya
Orang
yang seibu
sebapa
tidak
sama tabiatnya pengetahuan
atau
nasibnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
4
5
6
7
8
[9]
10
11
12
13
[c] 2021 Petak Ajaib PLT