Bahasa Rakyat
Add
Selalu terhilir malam apa hendak dikatakan pagi?
Menyesal kerana
perbuatan
yang telah terlanjur.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sembahyang diberi berwaktu janji diberi berketika
Sesuatu
pekerjaan
hendaklah ditentukan waktunya supaya selamat dan sempurna.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Haruslah air disauk dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa jauh berjalan banyak dilihat
Kalau
merantau
ikut
adat
tempat
menumpang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hati yang ringan meringankan beban yang berat
Pekerjaan
yang
berat
itu
dirasa ringan jika dibuat dengan suka
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak karam ditimba pula
Marah tapi
tidak
sampai
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang ikan dalam kerabu
Kalau
semua
jahat
yang jadi
betul.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang berpuru itu gatal tubuhnya nescaya menggaru juga kerjanya
Perbuatan
yang
jahat
itu
kelak
akan diketahui
orang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Utang emas dapat dibayar utang budi di bawa mati
Budi
bahasa
tidak
dapat di balas dengan wang ia akan jadi
hutang
seumur hidup.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan disesal kilangan patah diri itulah penimpitnya
Orang
yang
mendapat
celaka
kerana kesalahan sendiri
tidak
boleh
menyesal kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Payah umpama memelihara diri dalam sarang lebah
Terlalu
susah
kita
hendak
mengawal diri
daripada
bencana
seteru
yang ramai
atau
kemurkaan
raja-raja
hampir.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
4
5
6
7
8
[9]
10
11
12
13
[c] 2021 Petak Ajaib PLT