Bahasa Rakyat
Add
Ijuk sebelembang; tali di situ; keluan di situ
Pencarian
yang
tidak
memadai;
sedang tanggungan
banyak;
sehingga menyampai-nyampai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada pun ikan yang diam tujuh lautan sekalipun termasuk juga ke dalam pukat
Walau
bagaimana
kuat dan pandai
orang
itu
ada
masanya terpedaya
atau
terkena
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Galah di tengah arus
Sesuatu
yang
tidak
tetap; Keadaan
orang
gelisah
kerana dilanda
kesusahan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kelahi dalam kepuk
Perkara
yang
tidak
mudah diselesaikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah kecurian baru berkunci pintu
Susah
susah
baru beringat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Payah-payah dilamun ombak tercapai juga tanah tepi
Setelah
berapa
lama
menanggung
susah
dalam
sesuatu
pekerjaan
atau
kehidupan
akhirnya terlepas
juga
dari
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jirus bagai bulan akan habis
Modal
yang
makin
lama
kurang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak pada saja (satu)
Tidak
jadi
apa-apa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai ayam bertelur di padi
Hidup senang
dan
mewah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tuah kerbau (kuda) gemuk tuah lombong berisi (tuah manusia semuafakat)
Yang
menjadi
kemuliaan
kerbau ialah
gemuk
yang kemulian
pelombong
banyak
berisi
padi
tuah manusia jika
bersepakat
dan berpadu tenaga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
4
5
6
7
8
[9]
10
11
12
13
[c] 2021 Petak Ajaib PLT