Bahasa Rakyat
Add
Kapak tidak boleh membelah kayu kalau bukan kayu juga yang menjadi hulunya
Peranan
orang dalam
bila
melakukan
jenayah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Riak ikan di air sudah tahu jantan betinanya
Dapat meneka
apa
yang dirahsiakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di minta tebu diberi teberau
Di
beri
sesuatu
yang berlainan dengan di
minta;
Yang diminta dikabulkan tetapi diberi
jauh
lebih kurang
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Daun yang dapat dilanjangkan getah jatuh keperdu juga
Kasih kepada
anak kandung
tidak
sama seperti kasih
saudara
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di manakah kutu makan kalau tidak di kepala
Anak-anak
yang
menghabiskan harta
ibu
bapanya;
Orang besar
raja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mulut buyung dapat dipendam; mulut manusia siapa dapat menutupnya
Perkara
sulit
tidak
dapat kita menahan
orang
dari memperkatakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang bertanam pokok nyiur terkadang-kadang tiada makan buahnya
Yang mengumpul
harta
belum
tentu dapat
menikmati
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Panas setahun dihapuskan (oleh) hujan sehari
Kebaikan
yang
banyak
boleh
hilang
kerana kesalahan sedikit
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terkilat ikan di dalam air sudah tahu jantan betinanya
Orang
yang pandai menangkap maksud
perkataan
seseorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah banyak makan asam garam
Banyak
pengalaman.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
4
5
6
7
8
[9]
10
11
12
13
[c] 2021 Petak Ajaib PLT