Bahasa Rakyat
Add
Laksana kijang ditambat dengan rantai emas sekalipun jika terlepas ke hutan juga perginya
Orang
yang telah ditawan musuh walau
bagaimana
baik
sekalipun
layanan
diberi jika terlepas dia akan
pulang
juga
ke
negeri
asalnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Diperlelar timba di perigi tidak sekali sekali pecah
Jangan
selalu melakukan
kejahatan
jika
tidak
mati pun akan sakit
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah karam maka bertimba
Baru diingat
atau
menyesal sesudah
menderita
kemalangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiadalah berkibar panji-panji sutera yang mulia itu melainkan berdiri tiangnya kayu yang hina
Kebesaran
seorang
raja
itu
kerana dikasihi
oleh
segala rakyatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Walau bagaimana pun minyak dicampur dengan air; minyak juga yang timbul
Jika
bercampur gaul
orang-orang
bangsawan
dengan
orang bangsawan
maka jugalah yang dimuliakan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa kurang pada belida sisik ada tulang pun ada
Orang
yang mempunyai
segala-galanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apalah kata kukur nyiur jugalah yang binasa
Pemerintah
memang
mudah yang diperintah
itu
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Datang sebagai ekor tikus
Makin
lama
orang
yang
datang
makin
sedikit
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti keris yang tak payah diasami lagi
Orang
yang sudah bersedia
dalam
sesuatu
pekerjaan
tidak
perlu ditunjuk
ajar
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti emas (yang) sudah tersepuh
Rupa perempuan yang
putih kuning
dan
elok
parasnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
3
4
5
6
7
[8]
9
10
11
12
[c] 2021 Petak Ajaib PLT