Bahasa Rakyat
Add
Jangan memanah ke langit
Jangan
menderhaka
kepada raja kerana
perbuatan
itu
menyebabkan
kebinasaan
diri sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ayam melihat musang
Takut
dan
bingung.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Selalu di hujung lidah
Sudah selalu dikatakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tiada berwang ke mana pergi terbuang
Orang
yang
miskin
dan lemah
itu
usah
banyak
berkehendak
jika
tidak
ada
daya terimalah
nasib.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Malang berlanting buluh pecah
Bersusah
payah menyelamatkan diri
minta
tolong
susah
didapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ingin hati memandang pulau; sampan ada pengayuh tidak
Hendak
membuat
sesuatu
pekerjaan
tetapi
tidak
mempunyai
alat
dan wang yang
cukup.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terbakar kampung kelihatan asap terbakar hati siapa yang tahu
Kesusahan
yang
tidak
diketahui
oleh
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berhanyut dipintasi lulus diselami hilang dicari
Menolong
orang
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tiada senapang baik berjalan lapang
Kalau
tidak
mampu
baik
mengalah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berfikir dusunnya itu alam ini belalang disangkakan helang
Sangat sedikit pengetahuan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
3
4
5
6
7
[8]
9
10
11
12
[c] 2021 Petak Ajaib PLT