Bahasa Rakyat
Add
Helang terbang mengawan agas hendak mengawan juga
Orang
miskin
atau
lemah
hendak
mengikut
perbuatan
orang
kaya
berkuasa
nescaya
dirinya akan cedera.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kuda yang pantas tidak berkehendakkan cemeti
Orang
yang rajin
tidak
perlu dipaksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak bertanduk kepala pahat
Kerana
hendak
menunjukkan
kemegahan
rela
berhutang
atau
membuat
sesuatu
yang
mendatangkan
bencana
kepada diri
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak mulia bertabur urai
Kalau
ingin
dimuliakan mesti kuat menolong
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti hendak meluruskan ekor beruk
Sia-sia menasihati
orang
degil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pinggan dengan mangkuk salah sedikit hendak berantuk
Orang
yang
jahat
bercampur
sama-sama sungguh pun dan
berkasih-kasihan
tetapi
sentiasa
membantah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar awak masih juga dikubangan
Mengharapkan
sesuatu
yang
tidak
mungkin
tercapai
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melihat bayang-bayang di air
Angan-angan
perkara
yang
mustahil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Elang terbang mengawan; agas hendak mengawan juga
Ingin
meniru
lagak
orang
kaya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menopang pisang yang tidak berbuah
Pekerjaan
orang
yang
bodoh;
Mengerjakan
pekerjaan
tidak
mendatangkan
hasil
[
Malay Civilization
]
peribahasa
3
4
5
6
7
[8]
9
10
11
12
[c] 2021 Petak Ajaib PLT