Bahasa Rakyat
Add
Pilih-pilih ruas terpilih yang buruk
Terlalu memilih dapat yang dibenci.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika ular menyusur akar sekalipun tidak akan hilang bisanya
Tidak
jatuh
martabat
orang
yang mulia
jika merendahkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada beras kerja deras ada padi kerja menjadi
Jika
ada
modal
atau
wang kerja
pasti
akan
menjadi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dibakar tidak hangus dijemur tidak kering direndam tidak basah
Orang
yang
degil;
Tidak
mengubah
kata-kata telah dituturkan; Tiada dapat dipengapakan
seseorang
keras
atau
terlebih berkuasa
daripada
kit
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kera di beri cermin
Tidak
tahu
menggunakan
apa
yang diterima.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di lurah air yang besar di bukit orang yang hanyut
Hukuman
yang
tidak
adil
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak akan berwap nasi dingin
Bolehkah
orang
yang
tidak
berilmu
itu
mengajar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dikacak betis sudah bak betis dikacak lengan sudah bak lengan
Yakin
sudah
cukup
segala-galanya
tidak
perlu ditambah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anjing galak babi berani
1. Bertemu lawan yang
sepadan.
2.
Orang
akan
bergaduh
kalau
sama-sama garang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kayu yang berakar tunjang tidak hiraukan ribut
Kalau
sudah
cukup
persediaan segala
cabaran
dapat dihadapi; Walaubagaimana
sekali
pun
ugutan
orang
yang
banyak
mendapat
pertolongan
itu
tidak
akan
takut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
3
4
5
6
7
[8]
9
10
11
12
[c] 2021 Petak Ajaib PLT