Bahasa Rakyat
Add
Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh: pertama tegak kedua roboh
Hendaklah dipilih
benar-benar
seorang
yang
boleh jadi
wakil kita kerana jika
mendapat
orang
setia sempurnalah
pekerjaan;
tetapi
pengkhianat
binasalah kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang teguh disokong; yang rebah (rendah) ditindih
Hukuman
atau
aturan
yang
tidak
adil;
orang
kaya
mendapat
pertolongan
daripada
kerajaan; manakala
miskin
bertambah-tambah
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang berpuru itu gatal tubuhnya nescaya menggaru juga kerjanya
Perbuatan
yang
jahat
itu
kelak
akan diketahui
orang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang penggamang mati jatuh orang yang pending mati hanyut
Bersahabat
dengan yang
berilmu
takkan
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti hendak meluruskan ekor beruk
Sia-sia menasihati
orang
degil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti menatang minyak yang penuh
Membuat
kerja dengan
berhati-hati
supaya
tidak
rosak
atau
rugi walau sedikit pun. ; Memelihara
anak
isteri
penuh
kasih sayang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan sama getah daun dengan getah batang
Kasih sayang
terhadap
anak
sendiri
tidak
akan sama dengan
saudara
yang
ada
dalam jagaan
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang menanti di padang tak berumput; yang mendatang kurus-kurus kedut
Orang
yang
susah
dalam
kehidupan
maka didatangi
oleh
orang-orang
lapar
meminta
pertolongan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lepa di tangan jangan diharap orang pulang jangan di nanti mulut manis jangan didengar
Kata-kata
nasihat
supaya
jangan
lekas percaya dengan janji-janji
cemerlang
dan kata-kata yang bergula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebagai orang mencacak tonggak saja
Orang
yang berkumpul-kumpul
tiba-tiba
semuanya
berdiam diri
sehingga
terasa
sunyi
dalam
kumpulan
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
2
3
4
5
6
[7]
8
9
10
11
[c] 2021 Petak Ajaib PLT