Bahasa Rakyat

proses (tindakan dsb) menjernihkan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem air asas diperkenalkan menggunakan tiga penakung yg diisi besi, pasir arang membuang bahan arsenik. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya ~nya yg segar; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Menurutnya, dia membuat sendiri muzik dengan pengolahan baharu itu secara harmoni bersama ahli keluarga lain. [www.hmetro.com.my]
Menurut Noor Hisham, sebanyak 330 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu sudah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) [www.bharian.com.my]
perihal (proses, perbuatan atau kerja) menimbus: kerja ~ lombong tinggal itu sedang diusahakan oleh sebuah syarikat pemaju perumahan. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dlm ~ Melayu. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
perihal (kerja dsb) meneliti, pengkajian, penyelidikan, pemeriksaan; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Bagaimanapun katanya, mengambil kira pengumuman tarikh yang telah dibuat, perkembangan hasil penelitian berkenaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat. [www.sinarharian.com.my]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT