Bahasa Rakyat
Add
Jangan berebutkan tembikar pecah
Jangan
sampai
berkelahi
kerana berebutkan perempuan jalang
padahal
tidak
layak dibuat isteri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebab ayam seekor mengetahui hari siang
Pendapat
satu
orang
tidak
dapat melawan
pendapat
ramai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan memangku ayam jantan baik memangku ayam betina
Kalau
pergi
ke
negeri orang
jangan
bermaksud
hendak
menyabung
menghabiskan harta
tetapi hendaklah
berusaha
mencari
kekayaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melihat lang melambung tinggi ayam direban dilepaskan
Mengharap
sesuatu
yang
tidak
pasti
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak meluruskan ekor anjing
Terlalu
susah
hendak
mengubah
tabiat
orang. ;
Orang
yang
jahat
itu
walau
bagaimana
pun diajar
berbuat baik
dia
tidak
akan
menjadi
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa susahnya menangkupkan bibir atas dengan bibir bawah?
Bercakap
itu
lebih mudah
daripada
membuat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mengilang manau
Tidak
dapat
mengalahkan
orang
yang
cerdik pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti sumbu pelita; membakar diri menerangi yang lain
Orang
yang
sentiasa
berkorban
untuk kepentingan
orang
lain
walaupun dirinya
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sayangkan kain buangkan baju sayangkan lain buangkan aku (kerana baju panjang lima)
Orang
yang
hendak
meninggalkan isteri kerana berkahwin
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lalang tak dapat menghalangi peluru
Orang kecil
tidak
dapat menahan
kehendak
orang
berkuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
5
[6]
7
8
9
10
[c] 2021 Petak Ajaib PLT