Bahasa Rakyat
Add
Mulut manis jangan percaya; lepas dari wang (tangan) jangan diharap
Jangan
percaya kepada
orang
yang manis mulutnya
bila
kita tiada wang
tidak
dapat diharapkan akan kembali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lihat anak pandang menantu
Tiap-tiap
pekerjaan
hendaklah ditimbangkan apakah
elok
untuk diri
baik
orang
lain
barulah dilakukan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pantang helang dengan ayam lambat laun disambarkannya juga
.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan menempuh sarang lebah
Jangan
melawan
seteru
yang ramai kerana akhirnya kita
juga
mendapat
kebinasaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Barang siapa berani menggali lubang ia juga terperosok ke dalamnya
Sesiapa yang suka mencari kesalahan
orang
lain
kelak
dia sendiri akan
mendapat
kesusahan
dulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki
Aib sanak-saudara kita tentu terpikul di atas
bahu
juga
takkan
dapat dipikul
oleh
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sungguh(pun) diuja dipegang ekor
Walaupun diberi
kebebasan
ada
juga
hadnya. ; Mempercayai
seseorang
tetapi
tidak
dengan sepenuhnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Arang habis besi binasa; tukang hembus penat sahaja
Pekerjaan
yang
tidak
mendatangkan
hasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan sama getah daun dengan getah batang
Kasih sayang
terhadap
anak
sendiri
tidak
akan sama dengan
saudara
yang
ada
dalam jagaan
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Baharu bertatih hendak berlari langsung tersembam
Membuat
pekerjaan
lebih
daripada
yang
terdaya
dirinya
juga
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
5
[6]
7
8
9
10
[c] 2021 Petak Ajaib PLT