Bahasa Rakyat
Add
Laksana mencari sungai yang tiada berhulu
Kerja sia-sia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putih tulang di kandung tanah budi (yang) baik terkenang juga
Budi
bahasa
tetap diingat
orang
walaupun sudah mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak serik luka dimakan tajak esok lusa ke bendang juga
Sesuatu
kesukaran
itu
tidak
pernah menghalangi
seseorang
untuk terus
berusaha
mencari
nafkah
hidupnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kurus kering seperti bayang-bayang (siapa pun tiada menaruh sayang)
Menunjukkan
seseorang
yang sangat kurus kerana
terkena
penyakit
amat
berat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan buat kerbau tanduk panjang nak senggut ke mana-mana
Jangan
cari perselisihan; mengganggui
atau
masuk campur
hal
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah terkacakkan benang arang hitamlah tapak
Jika
berbuat jahat
jahatlah balasannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Direndam tidak basah dibakar tidak hangus kikir pari belulang kering direndam tujuh hari tidak basah bangsa balur liat
Orang
yang
degil
dan kikir
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku kalau tidak dibakar
Kalau
ada
kepandaian
hendaklah diajar kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya
Orang
yang pandai
tidak
suka
menceritakan
kepandaiannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti bulan dimakan rahu
Perumpamaan yang
menyatakan
betapa
asyiknya
seorang
lelaki
memeluk
kekasihnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
5
[6]
7
8
9
10
[c] 2021 Petak Ajaib PLT