Bahasa Rakyat
Add
Sesak berundur-undur hendak lari malu hendak menghambat tak lalu
Orang
yang
tidak
berupaya melawan tetapi kerana malu
berpura-pura
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Asal tembolok berisi hati senang
Asal
cukup makan
senanglah
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terhengit-hengit bagai rumput di tengah jalan mati segan hidup tidak mahu
Orang
yang sakit sangat
beberapa
lama
tidak
mahu
sembuh tetapi pula mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jauh di mata dekat di hati
Biarpun
berpisah
jauh
hendaknya janganlah lupa di
antara
satu
dan
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seekor ular menyusup akar tak hilang bisanya juga
Tidak
jatuh
martabat
orang
yang mulia
jika merendahkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau takut dilimbur pasang jangan berumah di tepi pantai (laut)
Kalau
tak suka didatangi
tetamu
jangan
tinggal di
tempat
yang ramai;
takut
susah
melakukan
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mendaki bukit sungai abu. Tiba di atas terlelap pula; bagaimana hati tak bersaru nampak janda dah elok pula
Terkenang
kepada isteri yang diceraikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti buah semelakumbu di makan mati bapa tidak dimakan mati emak
Serba salah
memilih
antara
dua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak usah hinggut tiada tercabut
Satu-satu
pendirian
yang kukuh dan
tidak
mudah berganjak walau diugut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makin mengalah makin diasak
Makin
mengalah
makin
didesak
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
5
[6]
7
8
9
10
[c] 2021 Petak Ajaib PLT