Bahasa Rakyat
Add
Tinggal gigi dengan lidah (sahaja)
Telah
habis
harta
kerana kerugian
atau
kecurian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salah terima
Salah faham.
;
Berkecil hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tahu makan tahu simpan
Jika pandai melakukan
sesuatu
perkara
yang
sulit
hendaklah
juga
memeliharanya
daripada
pengetahuan
orang ramai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dapat sama berlaba hilang sama rugi
Hidup
yang
seia
sekata
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tembak yang beralamat tujuan yang bermaksud
Segala
sesuatu
tentu
ada
maksudnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harapkan anak buat mata sebelah harapkan teman buta kedua-duanya
Setiap
pekerjaan
harus
dikerjakan
atau
diawasi tanpa mengharapkan
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lemak daging kepada orang urat jangan kepada kita
Pepatah
ini merupakan
layanan
budi
bahasa
dan
hormat
mulia
seorang
tuan rumah
kepada
tetamu
yang
mengunjungi
rumahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Baik mati dengan nama yang baik jangan mati dengan nama yang jahat
Biarlah mati
asal
jangan
mendapat malu;
Baik
daripada
hidup
dengan
nama
yang
keji
atau
melakukan kerja
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seberat-berat rotan laba jangan ditinggalkan
Meskipun dilakukan
sesuatu
kerja yang
berat
lagi
susah
tetapi
kalau
kelihatan
suatu
jalan
keuntungan
jangan
dibiarkan
itu
berlalu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Karangan terbuka
Surat-surat yang disiarkan
dalam
surat khabar
untuk
orang perseorangan
atau
ramai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
45
46
47
48
49
[50]
51
52
53
54
[c] 2021 Petak Ajaib PLT