Bahasa Rakyat
Add
Jalan mati lagi dicuba inikan pula jalan binasa
Orang
yang berani
itu
tidak
membilang
lawan
atau
memilih
perbuatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebusuk-busuk lauk kalau dibasuh enak juga
Sebesar-besar
perkara
atau
perselisihan
kalau
diusul
periksa
dan diperdamaikan akan selesai
baik
juga
kesudahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berlari.
Masih muda
tetapi
berlagak
dewasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiadalah berkibar panji-panji sutera yang mulia itu melainkan berdiri tiangnya kayu yang hina
Kebesaran
seorang
raja
itu
kerana dikasihi
oleh
segala rakyatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Saman malu
Mendakwa
orang
yang
mencemarkan
nama
baiknya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kail panjang empat ditarik ke atas ke bawah tak sampai
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada berorang di air (rumah)
Perempuan yang
belum
pernah
bersuami
tetapi tiada gadis lagi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kena pedang bermata dua
Kesakitan
hati
seseorang
yang
kena
perkataan
tajam
lagi
keras.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak bersela
Penuh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak masuk ajar
Orang
yang
degil
tidak
mahu
menerima
nasihat
baik
dari
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
45
46
47
48
49
[50]
51
52
53
54
[c] 2021 Petak Ajaib PLT