Bahasa Rakyat
Add
Berladang tidak setempat jua kan tempak cengkerik bersarang
Kemiskinan
yang
amat
sangat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terkena pada ikan bersorak terkena pada batang masam
Kalau
beruntung sukalah tetapi
kalau
rugi
susah hati
dan
berubah
fikirannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti cebuk dengan tempayan
Ibu bapa
mengumpul
harta
anak-anak
mengahabiskan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Antah malukut sukat lapar sangat baharu berguna
Kalau
tidak
ada
yang
lain
baru digunakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tonggang hilang berani mati
Sikap
gagah
berani dan
tidak
gentar
menjalankan kewajipan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kera bila kena belacan sangat gelisah kerana hendak menghilangkan bau belacan itu
Orang
yang
dalam
keadaan
gelisah;
tidak
tahu
duduk diam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Segan bertanya sesat di jalan segan berkayuh (bergalah) hanyut serantau
Orang
yang
tidak
mahu
belajar
selalu rugi
dalam
kehidupannya;
Kalau
segan
bertanya
akan
mendapat
kemajuan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah berak besar; (pelanduk) kancilpun hendak berak besar; (akhirnya mati kebebangan)
Orang
miskin
yang
ingin
meniru
kehidupan
orang
kaya;
akhirnya akan
menderita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti janda belum berlaki
Perempuan
pesolek
belum
berlaki.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerbau berkandang emas berpura
Menyimpan
sesuatu
hendaklah
menurut
caranya
masing-masing
supaya selamat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
45
46
47
48
49
[50]
51
52
53
54
[c] 2021 Petak Ajaib PLT