Bahasa Rakyat
Add
Seperti gading gajah sudah keluar tak dapat dimasukkan balik
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepala-pala (sepalas-palas) mandi (basah) biar mandi benar
Tiap-tiap
pekerjaan
janganlah kepalang
jangan
diusahakan
separuh jalan
biarlah sampai pada
akhir
kesudahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pala-pala aku nak mati biarlah mati berkapan cindai
meninggal
dunia
dalam
keadaan
baik;
mati
meninggalkan nama
yang
baik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak pinang dianduh putus tali dia berdiri.
Seseorang
yang melakukan perkerjaan kerana dipaksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti bulan di pagar bintang
Gadis yang cantik dikelilingi gadis-gadis kelihatan
bertambah
cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagaimana bunga tak akan layu embun menitik di tempat lain
Bagaimana
gadis
tidak
sedih
kekasih
menyintai perempuan
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Elang disambar punai tanah
Kalah pada
orang
lemah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pasangan sudah terletak di atas kodok
Terpaksa
lakukan
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tersenget-senget bagai (patung) katung di bawah reba
Orang
yang
miskin
hendak
menghampiri
orang
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ternanti-nanti bagai berlakikan raja
Menantikan
pertolongan
daripada
orang
yang
banyak
kerja tentulah
lambat. ;
Seseorang
berhajat
kepada
tidak
berkehendakkan
ia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
44
45
46
47
48
[49]
50
51
52
53
[c] 2021 Petak Ajaib PLT