Bahasa Rakyat
Add
Padam api berserak puntung
Apabila
orang
jadi pengikat
atau
nyawa
kepada
sesuatu
kumpulan
itu
telah tiada lagi seperti mati
bertukar
ke
tempat
lain
maka pecah belahlah
masing-masing
membawa diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Patah siku (tulang)
Tidak
dapat menolak
permintaan
orang
(tidak
marah) kerana
termakan budi
atau
bercakap
lemah lembut;
melawan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti buaya bertemu bangkai hanyut
Orang
tamak
mendapat
benda
yang disukainya dengan senang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sirih pulang ke gagang
Sesuai
pada tempatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama kasihkan bunga seceper terbuang bunga sekaki
Kerana
kasihan
kepada
orang banyak
disia-siakan kaum yang
seorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terduduk dalam duri bersandar ditiang rengas
Hidup
yang
serba salah
kerana
menghadapi
bencana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai nangka masak menyesak sarungnya
Rupa sifat
seseorang
yang
timbun
dan
hodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tembak rusa kena gajah
Lain
yang dituju
lain
terkena.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai beruras katang-katang
Seseorang
yang
panas hati
hendak
bergaduh
tetapi
tidak
dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nasib penyapu banyak jasa turun darjat (pangkat)
Makin
banyak
membuat
kebajikan
makin
bertambah
kerosakan kepada dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
43
44
45
46
47
[48]
49
50
51
52
[c] 2021 Petak Ajaib PLT