Bahasa Rakyat
Add
Manis mulutnya bercakap seperti santan manisan di dalam bagai hempedu
Tutur kata yang lemak manis selalunya berisi
tipu
helah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai bumi dengan langit
Berbeza
sekali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerling bagai pelita akan padam
Pujian
kepada perempuan yang manis pandangannya dan
kejap
matanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedenting (sedencing) bagai besi seciap bagai ayam
Bekerjasama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rebut rampas bertanda beti
Tiap-tiap kesalahan
baharu
dijatuhkan hukumannya
setelah
cukup
keterangan kedua-dua
belah
pihak dan diketahui buktinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama kasihkan bunga seceper terbuang bunga sekaki
Kerana
kasihan
kepada
orang banyak
disia-siakan kaum yang
seorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Singkat tidak terulas panjang tidak terkerat
Jika
ajal
sudah sampai
tidak
dapat ditangguhkan lagi jika
belum
jatuh
di
tempat
yang tinggi pun akan mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang penjahit berkerbau-kerbau
Lebih
mahal
perkara-perkara
sampingan
dari
perkara
yang sebenar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana antah melukut lapar sangat baru berguna
Kalau
tidak
ada
yang
lain
baru digunakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Guru kencing berdiri; (anak) murid kencing berlari
Anak murid
mencontohi
kelakuan
guru
terutama
dalam
hal yang
tidak
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
43
44
45
46
47
[48]
49
50
51
52
[c] 2021 Petak Ajaib PLT