Bahasa Rakyat
Add
Kalau tidak baris takkan dimakan kapak
Kalau
bukan
nasib
takkan
ditimpa
malang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jalan mati lagi dicuba inikan pula jalan binasa
Orang
yang berani
itu
tidak
membilang
lawan
atau
memilih
perbuatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Keris (dan) pedang tiada tajam lebih tajam mulut manusia
Mulut manusia sangat
berpengaruh
dan
boleh
membinasakan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebab mulut badan binasa
Kerana
tersilap
kata akhirnya kita
juga
yang
susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anak ayam yang tiada beribu
Tidak
ada
tempat bergantung.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan kamu bersahabat dengan seseorang itu hingga kamu ketahui bagaimana ia berlaku dengan sahabat-sahabatnya yang dahulu daripada kamu itu
Jangan
cepat
percaya kepada
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai bubur tidak bergaram
1.
Tidak
menimbulkan minat. 2.
Hambar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai si bisu berasian terasa ada terkatakan tidak
Orang
yang
takut
dan malu mengeluarkan perasaan hatinya walaupun dia tahu
apa
hendak
dikatakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Untung ada tuah tidak
Pulang modal
saja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sumur di tepi jalan (siapa harus boleh diminum)
Perempuan yang
tidak senonoh
kelakuannya dan memilih
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
43
44
45
46
47
[48]
49
50
51
52
[c] 2021 Petak Ajaib PLT