Bahasa Rakyat
Add
Seperti kuau (kuang) memekik di (pucuk) puncak gunung
Perempuan yang
bercakap
dengan
suara
kuat. ;
Orang
becok
mulutnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai geleng sepatung kenyang
Orang
yang
berjalan
melonjak-lonjak kerana suka
atau
sombongnya
tidak
tahu
kekurangan
diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pecah bunyi (tepi) buruk berita
Kejadian
kecil
diperbesarkan
orang
ke sana
sini.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Malu bertanya sesat jalan malu berdayung (berkayuh) perahu hanyut
Orang
yang segan
bertanya
selalu
salah faham
dan sesat
dalam
pekerjaan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cencang air takkan putus; pancung abu tak berbekas
1.
Hubungan
keluarga
tidak
dapat diputuskan. 2. Perselisihan
saudara
akan lama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pantasnya seperti kilat
Menunjukkan
sesuatu
yang
amat
cepat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Si pekak mendengar radio
Kerja sia-sia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berketuk di luar sangkar; bertanam di luar pagar
Perkara
sudah selesai
orang
lain
pula yang
mencela
dan
mencaci.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti beras (lembah) lembap dijual tak laku ditanak tak muai (mual)
Benda
yang
cacat
cela
itu
susah
hendak
digunakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti menarik rambut di dalam tepung rambut jangan putus tepung jangan berselerak
Terlalu sakit ketika nyawanya
hendak
bercerai dengan
badan;
Bijaksana
menyelesaikan
masalah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
42
43
44
45
46
[47]
48
49
50
51
[c] 2021 Petak Ajaib PLT