Bahasa Rakyat
Add
Habis tenggang dan kelakar
Tidak berdaya
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seidas bagai benang
Sesuai
benar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Padang orang berlari padang sendiri berjingkit
Suka menerima
tidak
suka memberi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebagaimana pun tangan dilenggang (melenggang) ke ketiak juga lekatnya
Berapa
jauh
kita merantau
hati
terlekat
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah tempang jangan dipimpin; kut (takut) mati dihempap di tubuhnya
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang dicari terapung direnangi terbenam diselami
Menolong
orang dalam
kesusahan.
;
Sesuatu
hal yang
tersembunyi
diselidiki dan diperiksa dengan
cermat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seekor ular menyusup akar tak hilang bisanya juga
Tidak
jatuh
martabat
orang
yang mulia
jika merendahkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai belacan dikerat dua yang pergi busuk yang tinggal hanyir
Perkara
yang
mendatangkan
keaiban
kepada
kedua
pihak
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pantang patah di tengah
Tidak
mahu
mengalah
sebelum
tercapai
maksud.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Padang terkukur
Kawasan luas yang ditinggalkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
42
43
44
45
46
[47]
48
49
50
51
[c] 2021 Petak Ajaib PLT