Bahasa Rakyat

Harta tidak akan kurang jika memberi sedekah kepada orang. [Malay Civilization]
Perempuan yang hamil dahulu daripada nikah bila dapat anak anaknya dihina orang; Anak luar tidak disukai orang. [Malay Civilization]
Janji mesti ditepati; Kata dahulu itu janji dan kata kemudian muafakat. [Malay Civilization]
Orang yang memperagakan sesuatu kelebihannya tidak dipersetujui orang ramai cakapnya itu; melainkan kadar timbangan ramai juga. [Malay Civilization]
Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau kebiasaan dan setelah mati segala-galanya diserah kepada Tuhan. [Malay Civilization]
Tidak mahu ikut sahaja kata orang melainkan diajak muafakat dahulu. [Malay Civilization]
Kalau sudah biasa jahat walau berhenti sekalipun diulang juga. [Malay Civilization]
Seteru yang tersesak itu melawan bersungguh-sungguh untuk melepaskan dirinya; Orang tidak takut kepada sesuatu walaupun membawa kecederaan nama atau jiwanya; Seorang nekad. [Malay Civilization]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT