Bahasa Rakyat
Add
Geneng di tengah lebuh; tahan galah bersikingkat; geneng di tengah medan; tahan taruh di ayam kuyu
Kalau
hendak
menunjukkan kelebihan; mestilah
sanggup
mengeluarkan belanja untuk menjamu
atau
menolong
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menelan mestika embun pagi
Mendengar
nasihat
yang
baik;
Hilang
marah kerana mendengar tutur kata lembut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jadi dinding lasak peti permaidani
Orang
yang
menjadi
harapan
atau
kepercayaan raja
orang
besar-besar jadi gantinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seekor ayam tak berkokok hari tak siangkah?
Hanya
seorang
yang
tidak
bersetuju dengan
sesuatu
permuafakatan
masakan
itu
akan
menjadi
batal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada nasi di sebalik kerak
1. Masih
ada
yang
belum
selesai. 2.
Kejadian
tidak
disangka-sangka.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kekayaan jika berlebihan sekalipun tiada kuasa mencukupi atau memusnahkan nafsu manusia
Nafsu
tamak yang tiada penghujungnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mudah luka payah sembuh(nya)
Senang
berkelahi
payah
berdamai;
mendapat
perkara
yang
tidak
baik
tetapi
susah
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mengaji daripada alif membilang daripada esa sakit bemula mestilah bersebab hujan berpokok kata berpangkal
Membuat
sesuatu
hendaklah dengan
permulaan
yang
betul
serta mengikut aturan-aturan tetap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air dalam karang menonggok setanggi campur kemenyan gula tertumpah pada kanji
Usaha
yang
berhasil
dengan
baik
sekali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Disangkakan bedena (pedena) timbul terpeluk bangkai babi bengkak hanyut
Keadaan
orang
yang tamak
tidak
tahu
membezakan
antara
baik
dengan buruk akhirnya ia
mendapat malu
dan
terhina
[
Malay Civilization
]
peribahasa
41
42
43
44
45
[46]
47
48
49
50
[c] 2021 Petak Ajaib PLT