Bahasa Rakyat
Add
Kuda yang pantas tidak berkehendakkan cemeti
Orang
yang rajin
tidak
perlu dipaksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salangkan tak hujan becak inikan pula hujan
Sedangkan kita
tidak
buat
dikatakan
orang
apatah
lagi jika membuatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak akan ada katak beranak ular
Perkara
yang
mustahil
terjadi
kepada
seseorang.
;
Orang
pengecut
tidak
akan
menjadi
berani.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak akan rintang kerbau oleh tanduknya
Senjata
hulubalang
itu
tidak
memberi
keberatan
pada dirinya
sebab
membawanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak akan rintang kerbau oleh tanduknya
Kecekapan
seseorang
dalam
pekerjaaannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai beliung dengan asahan
1.
Tidak
pernah
berpisah. 2.
Sangat
akrab.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama hendak menepung tidak berberas
Pekerjaan
yang dibuat dengan
tidak
cukup
syarat
itu
jarang
boleh jadi
sempurna.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melainkan bertaulan kekayaan itu dengan kemiskinan maka tiadalah kekayaan itu berguna sekali-kali
Orang
kaya
perlukan
orang
miskin
untuk melakukan
berbagai
kerja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah berak besar; (pelanduk) kancilpun hendak berak besar; (akhirnya mati kebebangan)
Orang
miskin
yang
ingin
meniru
kehidupan
orang
kaya;
akhirnya akan
menderita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti pancang digoncang arus
Orang
yang
tidak
tetap
pendirian
kerana liar kelakuannya
atau
terketar-ketar
penyakit
[
Malay Civilization
]
peribahasa
41
42
43
44
45
[46]
47
48
49
50
[c] 2021 Petak Ajaib PLT